Parti Undi Rosak Malaysia - Undilah Saya Calon Anda
Parti Undi Rusak(PUNDAK)
LABUAN - Y.B. Sir Ruffey telah mengadakan sidang media senja kelmarin untuk mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sidang media yang berlangsung dalam suasana santai bertemakan kampung itu (lengkap dengan perhiasan Vespa, dan juga haiwan ternakan seperti ayam, kambing, dan babi) diadakan di Grand Ballroom Sheraton Labuan. Ketika ditanya mengenai persiapan sidang media tadi bagaimana ruang Grand Ballroom yang tadinya elegan berubah menjadi 'Kampung Lazat' sempena acara gilang-gemilang itu, Datin Seri Siti Nur Kemala Sari Halijah selaku sidang-media planner nya hanya tersenyum dan menjawab "I bukan lah sidang media-planner or whatever, i hanyalah seorang 'kakak' yang merasa gembira kerana dapat membantu 'adiknya'.
Selain wakil-wakil media dari Berita Hairan, Utusan Palsu, Serakah, Medya Hiboran, Mango, dan sebagainya, sidang media tersebut turut dihadiri oleh wakil dari MTV dan Channel-[V], serta liputan langsung oleh al-Jajeera.
Berikut adalah petikan-petikan menarik sepanjang sidang media tersebut diadakan.
"Ini adalah kali pertama saya bertanding dalam pilihan raya untuk merebut kerusi di kawasan ini, serta meja, dan lain2 perabot, serta merebut peluang untuk terlibat dengan rasuah dalam jumlah yang luar biasa, mengalahkan jumlah yg dipungut oleh para korup..zzZzzZZZzzz... marilah bekerjalah bersama saya!!!! bukan bekerja untuk saya.. ehh??!! tertidur lagi.. maaf, saya sekarang sering tidur lambat... saya dah ada bini...
apa2pun, saya tak tahu kalau ada politician yang benar2 jujur, amanah, fatanah, tabligh, dan sidiq, di dunia ini"
" no dear, Labuan is not a part of Sarawak, Samarahan is. i once read in your paper about Samarahan in Sabah? please state it correctly in your paper dear, as we beautiful people of East of Malaysia are really sensitive about false statement related to our geographical facts." Ruffey menegaskan amaran tersebut kepada wakil dari akhbar Utusan Palsu setelah ditanya oleh wakil media tersebut "kenapa Y.B. Ruffey tidak memilih untuk bertanding di kawasan lain seperti di Bario, Mukah, ataupun Kanowit, kenapa Y.B. memilih Labuan? Labuan, Bario, Mukah, dan Kanowit bukankah senegeri ? "
wartawan "ada yang mengatakan PUNDAK adalah sama saja seperti parti-parti politik yang lain, lemah, celupar, ego, bodoh, memalukan negara, dan sebagainya. adakah dakwaan itu benar Y.B.?"
"oh, tidak, kami tidak sama dengan parti2 politik lain yang bertanding. kami tiada pemimpin yang kelihatan lemah dan sentiasa memanjakan menantunya.
kami juga tiada pemimpin yang suka mengkafirkan orang lain (melabel orang sebagai kafir) sesuka hati.
Tentang ego, oh, tidak sama sekali. kami tidak ego, dan tidak menganggap bahawa kaum Melayu adalah bangsa terbaik yang diciptakan Tuhan, tidak seperti seorang pemimpin sebuah parti politik yang mengeluarkan statement tadi.
tentang bodoh, hurm, kami cuba sedaya upaya utk mengelakkan insiden seperti menghunus keris daripada berulang lagi. Presiden Pundak telah mengeluarkan arahan bahawa setiap ahli Pundak, jika didapati memiliki sebarang keris samada buatan Jawa mahupun cuma aksesori persandingan perkahwinan, atau apa2 kerislah, akan digugurkan keahliannya serta merta, dan digalakkan utk memasuki sahaja UMNO.
Tapi Presiden Pundak telah menetapkan dasar baru, sungguhpun kalau benar2 mahu menunjukkan semangat perjuangan kaum. Ahli Pundak dari kaum Tiong Hua akan dibenarkan untuk melaungkan HaaaAAaaaaaaaaiiiaahoouuhaaaaaaaaahaYaaaaahhhHH!!!! (seperti dalam filem kungfu) kerana itu adalah semangat perjuangan kaum Cina .
Kaum India pula akan dibenarkan melemparkan botol2 minuman ketika perhimpunan mereka kerana itu adalah semangat perjuangan mereka.
Kalau kaum Melayu, keris adalah diharamkan utk dimiliki bagi setiap ahli Pundak, tetapi kaum Melayu masih dibenarkan untuk menunjukkan semangat perjuangan mereka, dengan menghayunkan helmet2 sambil membuat aksi2 pelik diatas motor mereka. itu adalah semangat perjuangan orang Melayu...
setahu saya, tiada pula ahli parti yang memalukan negara, ini mengingatkan saya kepada sepuah peristiwa di mana seorang bekas banduan yang masih punya pengaruh kuat di Indonesia, datang ke sana dan ditemuramah di sebuah rancangan TV, khusus memburuk-burukkan Malaysia.
ya, kami tidak sama seperti parti politik lain."
wartawan "Sir Ruffey, kalau memang Sir mahukan sidang media dalam suasana kampung, mengapa tidak sertakan saja sekali replika rumah-rumah di atas pokok, dan replika sampan atau bot sebagai perhiasan? bukankah itu lebih sinonim dengan perkampungan di Malaysia bahagian timur? terus terang saja Y.B. Sir, saya terkejut ketika mendapat tahu ada Hotel Sheraton di Labuan, saya fikir..."
langsung dipotong oleh Y.B. Ruffey yang kelihatan cuba bersabar, namun masih terserlah ketampanannya "Awak adalah BODOH kerana berfikiran stereotaip seperti itu! sebelum itu boleh saya tahu kalau awak tahu, bilakah Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan? apakah bezanya Malaya dan Malaysia? bilakah pembentukan Persekutuan Malaysia? awak kenal Tun Fuad Stephen dan apa jasa beliau terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia? awak tahu kalau Samarahan itu di Sarawak dan bukan di Sabah? dan Labuan adalah Wilayah Persekutuan, selain Kuala Lumpur, dan Putra Jaya? awak tahu itu semuaa???
ini membuktikan, setelah hampir 50 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia, program integrasi antara Malaysia timur dan barat masih tidak berhasil. Setelah diringkaskan, berikut adalah strategi beliau untuk memenangi pilihan raya kali ini.
1. Krisis kenaikan harga barang
spesifik di Labuan - menurunkan harga cokelat Cadbury's 250g (imported) semua variasi yg teros meneros naik sehingga ke paras tertinggi kini RM8.90 kepada harga awal RM5.30. jika perlu, akan diberikan subsidi untuk pembelian cokelat, serta rebet daripada cukai penghasilan.
Malaysia - harga barangan runcit akan dibenarkan naik, kerana seperti kita, mereka para peniaga runcit juga mahu merasakan kesenangan hidup
2. Fasiliti asas
i) akan membuat 10 lagi jambatan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia. selain itu, akan dibuat juga jambatan menghubungkan Malaysia Timur dan Malaysia Barat, Langkawi dan Semenanjung, dan jamabtan emas dan perak dari Gunung Ledang ke negeri Melaka.
ii) akan menggantikan Menteri Kerja Raya serta merta dengan org muda, hensem, dan tidak memakai rambut palsu. Ini untuk memastikan tiada lagi kerosakan fly-over, jalan raya, bangunan mahkamah, dan juga kerosakan bahasa. ini penting, dan saya juga akan mengusulkan kepada parlimen untuk mewajibkan semua ahli parlimen mengambil Paper Julai Bahasa Melayu.
3. Cuti
i- Meliburkan hari Isnin. kebiasaan "Monday blues" menyebabkan para pekerja merasa amat tertekan setiap kali isnin menjelma, dan tidak produktif sewaktu melakukan kerja-kerja mereka. Diharapkan setelah ini tiada lagi yang membenci hari Isnin.
ii- Deepavali dan Thaipusam juga akan diisytihar sebagai cuti umum untuk Labuan (selama ini tidak cuti), dan juga cuti pada hari Valentine's, Good Friday, dan lain2 cuti yg korang rasa korang nak cuti. sekiranya Ruffey terpilih sebagai Ahli Parlimen Labuan, 1 April setiap tahun akan diisytihar sebagai Ruffey's Day, dan akan cuti jugak.
4. Membangun Modal Insan dengan meningkatkan rasa percaya diri (self-esteem).
Selaras dengan slogan "we are the beautiful people of the beauti-fool country", pembedahan plastik akan diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukannya. Cara menyuntik Botox pula akan diajarkan di sekolah-sekolah agar mereka tahu bagaimana untuk D.I.Y Botox apabila diperlukan, dan ini dapat mengurangkan kos perkhidmatan doktor.
5. Merealisasikan "Mengangkasakan Bangsa" (bukan omongan kosong)
Jika memenangi pilihan raya kali ini, saya akan mengusulkan ke parlimen, supaya jabatan pendaftaran negara akan menggantikan perkataan Melayu pada kad pengenalan dengan perkataan "Angkasa". dengan ini, hasrat menteri pertahanan terdahulu akan tercapai.
Saya juga akan mengusulkan agar Budget 2009, akan menyisihkan 50% dari jumlah total, untuk membiayai lebih ramai lagi rakyat negara kita, terutama org Melayu untuk melancong ke angkasa. biar Malaysia lebih dikenali di mata dunia, angkasa, planet2, bimasakti dan sebagainya. Malaysia kan memang bangga gila sbb dah ada satu angkasawan>? kita hantar lah puluhan lagi, walaupun kita cuma menumpang negara lain, tapi itulah semangat org Malaysia!!!
6. Menanam sifat Glokal dalam diri para belia
berfikir secara global, bertindak secara lokal. subjek Pemanasan Global dan Local Action akan diajarkan di sekolah2.
7. Mengadakan lagi program2 yang tak jelas, sering mendatangkan kekeliruan, serta membazir sumber negara seperti Melayu Hadhari, Belia Hadhari, Pemuda Hadhari, dan sebagainya.
8. Menguatkan daya ingatan org Melayu, agar org Melayu Tidak Lagi Mudah Lupa
Melaksanakan hukuman gantung, tidak sampai mati, tapi digantung kaki di atas kepala di bawah dalam keadaan telanjang bulat di Dataran Merdeka terhada siapa2 yang didapati menjual vcd / dvd, dan lain2 media bersifat porno, kerana dipercayai menonton porno dapat menyebabkan lemah daya ingatan. diharapkan tidak ada lagi org yg berani menjual media porno setelah undang2 tadi dilaksanakan, dan seterusnya dapat mengelakan lemah daya ngatan org Melayu.
9. Kelas Vokal bagi para mereka yg suka sangat berhimpun dan melaungkan "reformasi"
Ini untuk menjadikan demonstrasi jalanan sbg salah satu tarikan pelancongan di Malaysia. Ini kerana laungan reformasi kini (dipimpin oleh konduktor Anwar) terlalu sumbang, yang Bass menyanyikan bahagian Soprano, pitching lari ke New Zealand singgah sebentar di Indonesia, masuk dan keluar penjara, serta tidak harmoni, dan dinamik kucar kacir.
Latihan vokal yang bertujuan untuk melatih vokal mereka, diharapkan setelah itu, para pelaung "reformasi" dapat mengenal pasti samada suara mereka berada di Bass, Tenor, Alto, mahupun Soprano, dan dapat melaungkan reformasi pada pitch yg tepat dan harmonik serta dinamik yg ok. Sesiapa yg dapat 'whistling ala Mariah Carey', adalah satu bonus. jika hasil kelas vokal ini memuaskan, orang ramai tidak akan salah anggap lagi bahawa para 'pelaung reformasi' ini adalah kerabat pameran di zoo negara hendaknya, melainkan setara artis2 Akademi Fantasia atau lebih baik lagi.
10. Memperkenalkan Sukan Baru
Kementerian Belia & Sukan akan mengarahkan penganjur SUKMA beberapa sukan baru seperti "Sukan Hunus Keris", teknik hunusan dan hujah siapa paling bodoh (seperti mengatakan itu semangat perjuangan Melayu walaupun keris jawa yang dihunusnya) dipilih sebagai pemenang, dan juga sukan "Baling Botol" (teknik balingan botol yang lebih bodoh berbanding yang pernah berlaku di Ijok akan dipilih sebagai pemenang).

selamat berjuang...ntuk Parti Pundak...
papepun gua ingin memohon pengundi hantu di parlimen lu.... bawak skali duit ntuk rasuah pengundi di parlimen gua P074 Lumut....
http://apa-saje.blogspot.com/
Posted by: hasanimohd | February 29, 2008 09:10 PM
What a ...(pk jap..)..a.. brilliant thought.. aku mcm tersasar je..ape yg ditulis all are absolute cynical.. tp ada yg mcm rekaan semata..mengarut utk mengaburi mesej yg sebenar.. aku plg tak suka org tak belajar sejarah.. Labuan kn wp..
Posted by: Kerul | February 29, 2008 11:09 PM