« hitch hiking to the outer space - bahagian 2 | Main | Parti Undi Rosak Malaysia - Undilah Saya Calon Anda »

PArti Undi Rosak Malaysia punya base camp

cebisan dari http://www.pundak.wordpress.com/

1) PUNDAK KEMBALI!!!!

Berita Terkini: PUNDAK kembali dengan Lagu Tema Pilihanraya untuk mencabar BN pada Pilihanraya Umum. Anda juga boleh memohon untuk menjadi calon Pilihanraya PUNDAK. Sila klik di kanan skrin.

MESEJ DARI PRESIDEN PARTI

Para Pengundi,
Sejak pilihanraya pertama, terdapat segolongan rakyat Malaysia yang mengundi “Undi Rosak” walaupun sebelum ini, tidak pernah ada parti bernama Parti Undi Rosak.

Walaupun jumlah pengundi “Undi Rosak” ini kecil, namun kami berpendapat bahawa suara mereka seharusnya mendapat perwakilan di Parlimen. Kerana golongan ini juga terdiri daripada Rakyat Malaysia. Dan seperti rakyat Malaysia yang lain, mereka juga mempunyai cita-cita dan aspirasi yang selama ini diabaikan oleh parti-parti politik lain.

Adalah dipercayai bahawa golongan ini sebenarnya berasal dari Masa Depan (ataupun dikenali dalam Bahasa Penjajah sebagai The Future). Ini boleh menjelaskan mengapa mereka mengundi Undi Rosak 50 tahun sebelum penubuhan Parti Undi Rosak ini.

Para pengundi,
Kami percaya bahawa, seperti dalam filem The Terminator, pengundi Undi Rosak ini menziarahi kami dari Masa Depan setiap pilihanraya untuk menyampaikan satu mesej yang penting kepada kami semua. Dan mesej itu adalah - Hanya Parti Undi Rosak sahaja yang boleh menyatukan rakyat Malaysia untuk menentang entah siapa yang bakal menjadi Musuh Negara!

Oleh itu, dengan segala hormatnya, saya selaku Presiden Parti, ingin merasmikan secara rasminya penubuhan PARTI UNDI ROSAK (MALAYSIA) atau lebih dikenali dengan nama glamornya - PUNDAK! (Anda digalakkan bertepuk-tangan selepas membaca ayat ini, melainkan anda berada di pejabat dan bos anda berada berdekatan).

Para pengundi,
Mengikut pemerhatian kami, rakyat Malaysia selama ini lebih cenderung mengundi Parti Politik yang mempunyai dasar-dasar yang boleh disifatkan sebagai “tidak-masuk-akal”. Ini sedikit-sebanyak boleh menjelaskan bagaimana Parti Barisan Nasional telah berjaya meraih kemenangan yang besar pada setiap pilihanraya.
Oleh itu, untuk mendapat sokongan anda semua, PUNDAK berjanji akan mengemukakan dasar-dasar yang jauh lebih bodoh daripada dasar-dasar bodoh BN.

Idea-idea dan dasar-dasar PUNDAK akan dibentangkan dengan menggunakan sistem Kabinet Olok-Olok (Shadow Cabinet), bukan seperti dasar-dasar Parti Pembangkang lain di Malaysia yang setahu kami, tidak berdasar langsung. Dengan hanya meng-klik Kementerian Olok-Olok di kanan skrin, anda dapat memahami dengan jelas dasar-dasar PUNDAK yang bakal menjadikan negara kita Malaysia kebanggaan Planet Bumi.

Para Pengundi,
Izinkan saya mengakhiri coretan saya ini dengan menggunakan huruf besar:

HIDUP PUNDAK!!!!!!

Sekian Terima Kasih.

Saya Yang Menurut Kehendak Pengundi Dari Masa Depan,

Pazuzu

Presiden Parti Undi Rosak (Malaysia)

                            

Comments

hi rafsan, dzaquan ni hehehe...
malas mau log out dr fs sekolah ku...

lepas tgk crt gigolo tu,

teda pasang cita2 utk berarah tujuan hidup jadi gigolo jugak?

err. kalau gigolo tu pekerjaan yg ndak berdosa, mau jugak aku.
hahhhahh.

tp urg lebih respek doktor dibanding gigolo kan, dan aku sbg manusia pun mendambakan sesuatu yg boleh membuatkan i feel good bout myself. jadi doktor jak laa

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .