aku bosan - a dream of a plastic surgeon wannabe
Kalau aku bosan
Aku suka sangat tengok gambar2 waktu di sekolah dan matrikulasi dulu…
Rindunya zaman dulu kala!!!
Layan perasaan. Heheh
Kadang2, sampai ketawa sendiri,
Tapi aku belum gila
Tak pernah aku rasa gembira di sini seperti dulu lagi
Aku tak tau nanti kalau ada apa2 yg perlu aku rindui setelah aku setelah selesai belajar di sini
Mungkin saja tiada
Biarlah, sudah cukup banyak perkara pahit dilalui sepanjang disini
Tanpa kenangan juga tak apa
Yang penting ada kelulusan yg cukup untuk melayakkan aku sambung belajar kepakaran dalam bidang bedah plastik.
Dapatlah aku merealisasikan impian para mereka yg sememangnya plastik tahap dewa selama ini…
Lagipun, doktor bedah plastik tu kaya…
Dah kaya, dapat lah aku merasa bahagia.
Sememangnya wang itu membahagiakan, walaupun kata orang, wang tak dapat membeli kasih sayang.
Tapi takpa, yg aku tau, wang dapat membeli kasih sayang yang plastik
-sebuah fiksyen untuk anda-
Lokasi: di sebuah banglo maha-mewah 8 tingkat di lereng Gunung Ledang
Prop: poster2 Ruffey memenuhi segenap ruang dinding
Lagu Latar: Toxic - Britney Spears
"Ruffey? Siapa itu Ruffey? Majistret? Lawyer? Doktor?" seorang perempuan tua merangkap janda berhias tak sedar diri sambil cekak pinggang sedang marah2 anak dia yang telah mengatakan bahawa anaknya cinta akan Ruffey...
Lantas anak dia menjawab sambil takut2 dan mengalirkan air mata, dan juga air-air lain...
"Tak makk, dia penyanyi terkenal, oh ya, dia juga doktor bedah plastik yang berjaya, sangat sesuai jadi menantu emak, nanti bolehlah dia tambahkan keplastikan mak lagi, dapat diskaun,lepastu, dapatlah dia memplastikkan saya juga..."
"Anak durhaka!!! Tak pernah dalam keturunan keluarga aku bermenantukan seorang doktor bedah plastik yang berjaya, handsome, dan hebat! kalau begitu, biar mak saja yg berkahwin dengannya!!! Dapatlah mak memplastikkan diri mak secara percumaaa!!!"
Jaawab emaknya separuh histeria
"jangan mak, jangann!!!!!!!! Jangan perlakukan saya begini makk…" rayu anaknya lagi…
"sudah, jgn kau nak bermak-mak dgn aku, dasar anak tak mengenal dek untung! mulai hari ini, kau bukan anak aku lagi!!! Nyah ko dari sini!!!" herdik si janda iteww.
Si anak pun pergi membawa diri, dan dari khabar angin dan kabar bayu serta kabar ribut petir, kini si anak telah bernikah pula dgn seorang doktor pakar sakit puan, luas pengetahuan dan banyak pengalaman dalam bidang 'itu' katanya. Sukalah si anakkk.
Atas jasa para bomoh dan dukun serta pawang dan sebagainya, akhirnya berkahwinlah Ruffey dgn si perempuan tua bakal ibu mertua tak jadi tadi, sebaliknyaa jaadi isteri.
Dan si perempuan tua tadi yang berusia 63 tahun kini kelihatan seperti gadis sunti 17 tahun, berkat kepakaran Ruffey dalam memplastikkan orang.
Dalam hati Ruffey "takpa, tak kisah punyaa umur kau 63 tahun. Tak lama lagi kau gol, dapat lah aku mewarisi baglo 8 tingkat kau ini. Mwhahawahawhahwhahawhahawaha"
-kisah tamat-

ko tau rafshan. aku pon setuju. duit penting drp cinta/lelaki/rupa atau apa2 la. sapa kata duit x boleh membeli kebahagiaan. betapa gembiranya kita kalau dapat shopping, dapat jalan2, dapat rumah besar, ada kereta best.
duit juga memberikan kita keyakinan, sebab kita ada barang2 yg best/lawa.
betul ndak? duit dapat memberi kebahagiaan.
Posted by: dZaQuAn | June 19, 2007 02:20 AM
Pakar bedah plastik? I thought you'd go for pediatrics ;)
Tapi dari dulu aku memang mystified dengan perkara ni, majoriti pakar sakit puan smeuanya org lelaki, pakar yang paling tersohor di malaysia ni pun lelaki.
Posted by: Habibah | June 24, 2007 11:53 AM
zeq - memang pun zeq. cuba ko pikir knapa org mau gaji rm20,000 sedangkan di malaysia ni rm2000 sudah cukup utk hidup seadanya?
habibah - pediatric ndak kaya la bibah, bedah plastic lagi kaya! sebab smkin hari semakin ramai yang plastic. plastic gred superr lagii!!!
pasal O&G byk laki tuh, hurm, sini pun sama, y aahh? nanti la aku selidik.
utk yg lain2 yg baca - korang drop la komen, aku tak tau korang baca kalau korang tak drop komen, kang tak pasal2 aku tulis pasal korang, kantoi la plakk, so aku kena tau spa ja rajin bacaa. esehh.
p/s- dlm post ni sbnarnya, aku menggunakan perkataan 'plastik'sbg pengganti 'HIPOKRIT' @ 'KEPURA-PURAAN' @ 'LAKONAN BURUK ALA SINETRON INDONESIA' dan sebgainyaaa.
-maksud aku, org yg plastik ni bayar mahal utk bedah plastik lagi, mereka ni jenis yg sanggup lakukan apa saja sebab keplastikan mereka.
-aku plak, HAMPIR sanggup lakukan apa saja demi wang. kalau tak lah, takda aku nak buang masa 6 tahun kat sini belajar benda yg menyampahh.
Posted by: Rafshan | June 25, 2007 07:09 PM
Hello...Pehal ngan ko nie? Ko nnak jd plastic surgeon tapi ko nyampah giler belajar plastic surgery...Aku x paham. Aku pun nak jd surgeon tp x tau plak surgeon lam bidang apa.. tp diorg ckp belajar nak jd surgeon susah gila. Betoika?? Ko blaja kat ne skrg?
Posted by: Miss | April 3, 2008 02:35 AM